Wednesday, February 25, 2015

023. Tulisan #11 : Kehilangan

hari ni aku rasa
seperti akan ada --
kehilangan.

kehilangan aku.

terima kasih dan
maaf,
semua.

260215.

Wednesday, January 28, 2015

023. Tulisan #10 : Ke-730

63072000 saat;
1051200 minit;
17520 jam;
730 hari.

Kau kata;
'ya'

Namun
masih kita hitung.

Hingga kau kata,
'jom' ?

280115

Sunday, March 16, 2014

021. Tulisan #9 : Cermin.


Tiba saat,
aku nampak kau dalam aku.

Dan kau pun begitu.

130314

020. Tulisan #8 : Kau Perlu Tunggu.


Kalau aku mampu,
mahu aku tulis, lukis,
atas semua yang ada pada bumi.
Biar kau tahu.
Apa isi hatiku,
Apa tuju hidupku
Apa yang aku tunggu.

Yang hanya kamu,
Tuhanku.

160314

Tuesday, January 7, 2014

019. Tulisan #7 : Tunggu

apa yang Dia tahu
apa yang Dia mahu.
hanya itu.

tunggu -- kataNya.

jadi aku terus
tunggu --
diselangi ubat jiwa gelak tawa
dan cebisan doa.

07012014

Saturday, January 4, 2014

018. Tulisan #6 : Mainan Hati.


Aku sangka aku rebah
ternyata tabah.
Kau sangka kau tewas
ternyata keras.

Kita punya satu kuasa
kuasa mempertahankan rasa
yang bilamana bersua, ah--
hanya Tuhan mampu baca.

Dan aku terus tabah
dengan mainan hati kita.

040114

Friday, August 23, 2013

016. Mungkin...hanya kesempatan.






yaa..mungkin hanya KESEMPATAN..


bukan


PILIHAN.

La Tahzan hati.

Allah itu Ada.
Ada utk Terima.
Terima nangis tawa.

Janji hanya padaNya,
Adu nangis dan domba.
Doa itu caranya.

InsyaAllah ada.


kbye.
Wassalam.



p/s : thanks kak na syg :)

Wednesday, August 21, 2013

015. Tulisan #5 : Lillahita'ala.



Motifku.
Hanya itu.
Andai leka, mohon.
Kejutkan aku.
Akan motifku,
Yang hanya itu.

Lillahita'ala!

irah210813


Monday, August 19, 2013

014. Tulisan #4 : Penat.


Tapi..
Bila kau mahu penat?

Harap aku takkan
pernah penat,
Untuk tunggu kau penat.

Tapi..
Bila kau mahu penat?

Harap doaku takkan
pernah penat,
Untuk mendoakan kau.

Agar kau penat.
Dan lari dari semua itu.

irah190813.

Tuesday, August 13, 2013

013. Tulisan #3 : Calon.



Yang dinanti itu calon.
Bakal pengubat hati.
Peneman setia,
dunia dan syurga.

Yang diangankan,
Solehnya itu,
 Sekadar Fatihah,
Cukup untuk mencairkan hati.

Hanya angan.

Yang solehahnya ini,
Tak tercapai lagi,
Untuk angankan
yang solehnya itu.

Semoga, dizinkan.
Nanti.

irah130813.