Tuesday, January 7, 2014

019. Tulisan #7 : Tunggu

apa yang Dia tahu
apa yang Dia mahu.
hanya itu.

tunggu -- kataNya.

jadi aku terus
tunggu --
diselangi ubat jiwa gelak tawa
dan cebisan doa.

07012014

Saturday, January 4, 2014

018. Tulisan #6 : Mainan Hati.


Aku sangka aku rebah
ternyata tabah.
Kau sangka kau tewas
ternyata keras.

Kita punya satu kuasa
kuasa mempertahankan rasa
yang bilamana bersua, ah--
hanya Tuhan mampu baca.

Dan aku terus tabah
dengan mainan hati kita.

040114