Sunday, March 16, 2014

021. Tulisan #9 : Cermin.


Tiba saat,
aku nampak kau dalam aku.

Dan kau pun begitu.

130314

020. Tulisan #8 : Kau Perlu Tunggu.


Kalau aku mampu,
mahu aku tulis, lukis,
atas semua yang ada pada bumi.
Biar kau tahu.
Apa isi hatiku,
Apa tuju hidupku
Apa yang aku tunggu.

Yang hanya kamu,
Tuhanku.

160314

Tuesday, January 7, 2014

019. Tulisan #7 : Tunggu

apa yang Dia tahu
apa yang Dia mahu.
hanya itu.

tunggu -- kataNya.

jadi aku terus
tunggu --
diselangi ubat jiwa gelak tawa
dan cebisan doa.

07012014

Saturday, January 4, 2014

018. Tulisan #6 : Mainan Hati.


Aku sangka aku rebah
ternyata tabah.
Kau sangka kau tewas
ternyata keras.

Kita punya satu kuasa
kuasa mempertahankan rasa
yang bilamana bersua, ah--
hanya Tuhan mampu baca.

Dan aku terus tabah
dengan mainan hati kita.

040114