# puisirah
Sunday, March 16, 2014
021. Tulisan #9 : Cermin.
Tiba saat,
aku nampak kau dalam aku.
Dan kau pun begitu.
130314
020. Tulisan #8 : Kau Perlu Tunggu.
Kalau aku mampu,
mahu aku tulis, lukis,
atas semua yang ada pada bumi.
Biar kau tahu.
Apa isi hatiku,
Apa tuju hidupku
Apa yang aku tunggu.
Yang hanya kamu,
Tuhanku.
160314
Tuesday, January 7, 2014
019. Tulisan #7 : Tunggu
apa yang Dia tahu
apa yang Dia mahu.
hanya itu.
tunggu -- kataNya.
jadi aku terus
tunggu --
diselangi ubat jiwa gelak tawa
dan cebisan doa.
07012014
Saturday, January 4, 2014
018. Tulisan #6 : Mainan Hati.
Aku sangka aku rebah
ternyata tabah.
Kau sangka kau tewas
ternyata keras.
Kita punya satu kuasa
kuasa mempertahankan rasa
yang bilamana bersua, ah--
hanya Tuhan mampu baca.
Dan aku terus tabah
dengan mainan hati kita.
040114
Friday, August 23, 2013
016. Mungkin...hanya kesempatan.
yaa..mungkin hanya KESEMPATAN..
bukan
PILIHAN.
La Tahzan hati.
Allah itu Ada.
Ada utk Terima.
Terima nangis tawa.
Janji hanya padaNya,
Adu nangis dan domba.
Doa itu caranya.
InsyaAllah ada.
kbye.
Wassalam.
p/s : thanks kak na syg :)
Wednesday, August 21, 2013
015. Tulisan #5 : Lillahita'ala.
Motifku.
Hanya itu.
Andai leka, mohon.
Kejutkan aku.
Akan motifku,
Yang hanya itu.
Lillahita'ala!
irah210813
Monday, August 19, 2013
014. Tulisan #4 : Penat.
Tapi..
Bila kau mahu penat?
Harap aku takkan
pernah penat,
Untuk tunggu kau penat.
Tapi..
Bila kau mahu penat?
Harap doaku takkan
pernah penat,
Untuk mendoakan kau.
Agar kau penat.
Dan lari dari semua itu.
irah190813.
Tuesday, August 13, 2013
013. Tulisan #3 : Calon.
Yang dinanti itu calon.
Bakal pengubat hati.
Peneman setia,
dunia dan syurga.
Yang diangankan,
Solehnya itu,
Sekadar Fatihah,
Cukup untuk mencairkan hati.
Hanya angan.
Yang solehahnya ini,
Tak tercapai lagi,
Untuk angankan
yang solehnya itu.
Semoga, dizinkan.
Nanti.
irah130813.
Sunday, August 11, 2013
011. Tulisan #2 : Bibir Dosa.
jahilnya hati ini.
hinanya jiwa ini.
dikala ayat-ayatNya
kian lari, gugup, sasul.
dr bibir pendosa.
seperti aku.
irah020813
010. Tulisan #1 : Cukup.
kau menuturkan yg sama.
baris, bait..intonasi, emosi..sama.
yg lainnya kpd siapa.
apa kau mahu?
apa kau tak malu?
menagih toksik,
racun segala hati.
sampai ia mati,
mati dari dakapan Ilahi.
cukup.
irah150713.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)